Salam
Terlalu lama rasanya tidak menjengah ke ruangan ini...
AL-WAZIR 21
Saturday, November 24, 2012
Friday, November 5, 2010
Lumrah atau Nafsu
Seringkali kita melihat diluar sana berbagai ragam manusia terutamannya sang lelaki, tidak kisah la sama ada di tempat-tempat awam atau dimana sekali pun. Pantang nampak wanita cantik pasti ada saja telatah nakal untuk mengusik.... kebiasaan nya siulan seperti burung nak memikat pasangan atau pun usikan-usikan seperti. Hai boleh kenal? awak cantik lah? dan berbagai lagi lagi la. Maka mereka-mereka ini dilabelkan sebagai gatal, miang, dan seantero dengan nya. Jika ditanya pada mereka ini, biasa la itu lumrah.. lelaki bila jumpa wanita dia akan tertarik, jadi betul le itu sememangnya perkara semulajadi. tapi kalu dia tak da perasaan pada wanita maka saya tak tahu nak kata apa. Adakah kerana dia memang menjaga pandangan juga imannya atau sebaliknnya... Kenapa lelaki suka tengok wanita, tambah kalu yang cantik dan comel-comel belako... Itu pun dikatakan lumrah juga, pandang benda lain tak boleh kew? Tentu saja tidak, jiwa lelaki itu lah perkara yang suka dilihat. Tidak ada perkara atau benda yang lebih indah dari melihat seorang wanita kerana itu lumrah. Namun begitu bukanlah menjadi salah untuk memandang, tetapi biarlah berpada-pada. Bak kaa orang, ada mata lihat la. rugi kalu tak tengok. Tapi melihat yang bagaimana, cukuplah dengan sekali pandang dan alihkan lah pandangan itu kerana jika dipandang kali kedua atau terus memandang ia menjadi pandangan syaitan dan ia kebiasaannya pandangan nafsu. Hanya dengan pandangan kita telah melakukan dosa, mudah bukan dengan lihat pun boleh dapat dosa?Jadi kenapa lelaki suka memandang wanita dan apa yang dipandangnya... Nilai sendiri dari kata-kata ini, adakah benar atau sebaliknnya..
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Jadi apakah benar semua kata-kata ini...Renungkan
Apa Dayanya..
Aku hanya makhluk yang lemah serta kekurangan, melihatnya buat aku mengerti bahawa hidup ini sentiasa memerlukan bantuan. Walaupun ia bukan sama seperti Ku, namun aku bersyukur kerna aku diciptakan dari kalangan sebaik-baik mahluk. Aku bersyukur kerana rupanya aku masih bernasib baik jika dibandingkan dengan nya, mengapa aku harus malu kerana kekurangan itu? bukan kah setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya? Ia tetap tidak sempurna walaupun memiliki segalannya, jadi tidak perlu lah malu dengan kekurangan yang ada.
Berbalik kepada si dia, satu malam ketika aku sedang asyik melayan teman-teman diruangan sosial Facebook. Aku terdengar suara yang sungguh lemah, sepertinya sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Pun begitu aku membiarkan sahaja, tidak mahu ambil kisah kerana sedang seronok melayan teman-teman sekolah lama ku. Semakin lama kedengaran suaranya semakin lemah, aku amati betul-betul dan aku melihat ditingkap rumahku... gelap sahaja namun suara itu masih kedengaran, hatiku terus terdetik... apa ini hanya mainan perasaan atau ia sedang cuba untuk menguji iman ku. Aku melihat keluar kembali lalu ku amati betul-betul dari mana bunyi itu. Aku segera memaklumkan pada Ibu ku, lantas aku kedapur membuka pintu belakang untuk memeriksa bunyi tersebut. Buka sahaja pintu, datang beberapa ekor anak kucing kepadaku. Oh anak kucing rupanya, jadi bunyi tadi mungkin kucing yang sedang lapar. Lantas aku masuk kembali, namun suara itu masih ada lagi.
Aku mengambil lampu suluh dan menyuluh kearah kegelapan malam, mungkin bunyi itu datang dari situ...masih tidak ada, lalu ku suluh ke dalam longkang, pun tidak nampa apa-apa. kemudian aku lihat seperti ada sesuatu sedang bergerak didalam longkang... aku segera memastikan nya.... Ya Allah, ku lihat seekor anak kucing sedang cuba mengapungkan diri dalam longkang yang penuh dengan air. Kasihan nya dia, lantas aku memegang lehernya dan mengangkatnya dari dalam longkang tadi. Kesian kau, mana ibumu?.... mengapa kau dibiarkan sahaja tanpa perlindungan? kau tentu sejuk bukan, mungkin dah terlalu lama berada dalam longkang, suara kau pun semakin lemah... Aku pun mencari bekas yang sesuai untuk meletakkannya, lalu aku ambil besen besar dan ku biarkan ia. Aku kembali semula kedalam rumah, kedengaran suara itu lagi.... hati kecilku lantas berata-kata, kesiannya, mana ibumu yang sepatutnya menjaga mu, kau tentu lapar dan mahukan susu.. kau mesti sedang kesejukan kerana basah...
Tiba-tiba cahaya kilat memancar... ah hari mau hujan ni, aku mula risaukan anak kucing tadi. kalau hujan tentu air akan memenuhi besen tadi, anak kucing tadi mungkin akan mati... Aku keluar kembali mendapatkan anak kucing itu, ku lihat dia masih mengiau-ngiau... aku ambil beberapa helai kertas surat khbar dan tisu, lalu ku balutkan anak kucing tadi, sepertinya dia telah selesa... aku cari perca kain yang tidak digunakan dan aku bersihkan anak kucing tadi sebelum membalutnya.... dia senyap sahaja dan kelihatan sedang mengisap kain tersebut, ya kau laparkan susu...mana ibumu? kesian kau, aku letakkan besen tadi dibawah almari untuk meneduhnya dari hujan... Aku lihat dari kaca tingkap, dia selesa dan mula tidur. lega rasanya dapat membantu mahluk yang comel dan lemah itu...
Ketika aku sedang tidur, aku terjaga bila mendengar suara anak kucing itu tadi... lalu aku amatinya.. Ibumu datang ya, kau mesti mahukan susu. Al hamdulillah, akhirnya dia datang juga mencarimu... Haiwan pun ada perasaan kasih sayang, tapi mengapa manusia hilang perasaan itu kini. Kemana perasaan itu pergi? aku masih mencari-cari.....
Subscribe to:
Posts (Atom)