Friday, November 5, 2010

Apa Dayanya..

Aku hanya makhluk yang lemah serta kekurangan, melihatnya buat aku mengerti bahawa hidup ini sentiasa memerlukan bantuan. Walaupun ia bukan sama seperti Ku, namun aku bersyukur kerna aku diciptakan dari kalangan sebaik-baik mahluk. Aku bersyukur kerana rupanya aku masih bernasib baik jika dibandingkan dengan nya, mengapa aku harus malu kerana kekurangan itu? bukan kah setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya? Ia tetap tidak sempurna walaupun memiliki segalannya, jadi tidak perlu lah malu dengan kekurangan yang ada.
Berbalik kepada si dia, satu malam ketika aku sedang asyik melayan teman-teman diruangan sosial Facebook. Aku terdengar suara yang sungguh lemah, sepertinya sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Pun begitu aku membiarkan sahaja, tidak mahu ambil kisah kerana sedang seronok melayan teman-teman sekolah lama ku. Semakin lama kedengaran suaranya semakin lemah, aku amati betul-betul dan aku melihat ditingkap rumahku... gelap sahaja namun suara itu masih kedengaran, hatiku terus terdetik... apa ini hanya mainan perasaan atau ia sedang cuba untuk menguji iman ku. Aku melihat keluar kembali lalu ku amati betul-betul dari mana bunyi itu. Aku segera memaklumkan pada Ibu ku, lantas aku kedapur membuka pintu belakang untuk memeriksa bunyi tersebut. Buka sahaja pintu, datang beberapa ekor anak kucing kepadaku. Oh anak kucing rupanya, jadi bunyi tadi mungkin kucing yang sedang lapar. Lantas aku masuk kembali, namun suara itu masih ada lagi. 

Aku mengambil lampu suluh dan menyuluh kearah kegelapan malam, mungkin bunyi itu datang dari situ...masih tidak ada, lalu ku suluh ke dalam longkang, pun tidak nampa apa-apa. kemudian aku lihat seperti ada sesuatu sedang bergerak didalam longkang... aku segera memastikan nya.... Ya Allah, ku lihat seekor anak kucing sedang cuba mengapungkan diri dalam longkang yang penuh dengan air. Kasihan nya dia, lantas aku memegang lehernya dan mengangkatnya dari dalam longkang tadi. Kesian kau, mana ibumu?.... mengapa kau dibiarkan sahaja tanpa perlindungan? kau tentu sejuk bukan, mungkin dah terlalu lama berada dalam longkang, suara kau pun semakin lemah... Aku pun mencari bekas yang sesuai untuk meletakkannya, lalu aku ambil besen besar dan ku biarkan ia. Aku kembali semula kedalam rumah, kedengaran suara itu lagi.... hati kecilku lantas berata-kata, kesiannya, mana ibumu yang sepatutnya menjaga mu, kau tentu lapar dan mahukan susu.. kau mesti sedang kesejukan kerana basah...

Tiba-tiba cahaya kilat memancar... ah hari mau hujan ni, aku mula risaukan anak kucing tadi. kalau hujan tentu air akan memenuhi besen tadi, anak kucing tadi mungkin akan mati... Aku keluar kembali mendapatkan anak kucing itu, ku lihat dia masih mengiau-ngiau... aku ambil beberapa helai kertas surat khbar dan tisu, lalu ku balutkan anak kucing tadi, sepertinya dia telah selesa... aku cari perca kain yang tidak digunakan dan aku bersihkan anak kucing tadi sebelum membalutnya.... dia senyap sahaja dan kelihatan sedang mengisap kain tersebut, ya kau laparkan susu...mana ibumu? kesian kau, aku letakkan besen tadi dibawah almari untuk meneduhnya dari hujan... Aku lihat dari kaca tingkap, dia selesa dan mula tidur. lega rasanya dapat membantu mahluk yang comel dan lemah itu... 

Ketika aku sedang tidur, aku terjaga bila mendengar suara anak kucing itu tadi... lalu aku amatinya.. Ibumu datang ya, kau mesti mahukan susu. Al hamdulillah, akhirnya dia datang juga mencarimu... Haiwan pun ada perasaan kasih sayang, tapi mengapa manusia hilang perasaan itu kini. Kemana perasaan itu pergi? aku masih mencari-cari.....

No comments:

Post a Comment